Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Thursday, 4 June 2015

Review Buku Motivasi Islamik- Catatan Fikir Dua Penulis

Ummul Azkee

catatan fikir dua penulis

Catatan Fikir Dua Penulis 

 oleh Hilal Asyraf dan Zahiruddin Zabidi

                                       2 Penulis, 2 Pengalaman ,1 Tujuan



 Siapa yang suka membaca buku motivasi?menulis?Perlukan motivasi atau semangat untuk terus berkarya?Rasanya buku ini sangat sesuai untuk sesiapa yagn ingin maju dalam bidang penulisan,tidak kira lah mahu terbitkan buku tulisan sendiri atau menulis diblog.Sesiapa yang selepas membaca buku ini pasti akan semakin bersemangat untuk terus menulis.Buku ini merupakan buku terbitkan Karangkraf .Jadi,nak tahu isi kandungan buku ini?UA akan kongsikan pada semua.Moga selepas baca tentang isi kandungan buku,mereka yang berminat dalam penulisan mahu terus mendapatkannya.UA sudah selesai membacanya dan sejujurnya buku ini banyak memberi panduan dan inspirasi pada UA untuk terus menulis.

Buku ini terbahagi kepada dua bahagian yang ditulis oleh 2 orang penulis yang berlainan iaitu Hilal Asyraf dan Zahiruddin Zabidi.

Bahagian satu : Hilal Asyraf

ditulis oleh Hilal Asyraf,seorang penulis muda yang sudah menghasilkan 25 buah karya dalam pelbagai genre seperti  karya motivasi,novel,kumpulan cerpen dan kumpulan puisi.Hilal Asyraf juga merupakan blogger bagi blog LangitIIlahi.com.

Jadi di bahagian awal penulisan,Hilal Asyraf mnceritakan pengalamannya bagaimana dia mula terjebak dalam dunia penulisan serta cabaran dalam menjadikan penulisan pertamanya di cetak menjadi buku.
Selain itu Hilal Asyraf bercerita tentang Niat dan Matlamat dalam berkarya,Rahsia menjadikan penulisan menjadi satu fenomena,panduan mendapatkan idea serta mengembangkan idea,jadual penulisan,displin dlaam menulis, peranan blog dan facebook kepada pengkaryaan dan banyak lagi yang rasanya terlalu banyak ilmu dikongsikan.Kalau UA mahu huraikan satu persatu memang takkan habis satu entri.


Bahagian Dua : Zahiruddin Zabidi

Zahiruddin Zabidi merupakan Editor kanan di Karya Bestari.menulis dalam pelbagai cabang penulisan seperti puisi,cerpen,esei,artikel,novel,motivasi dan separa ilmiah.

Di bahagian kedua buku ini,Zahiruddin Zabidi memulakan penceritaan dengan kenang-kenangan lama beliau dalam penulisan,definisi penulisan,kepentingan penulisan Al-Quran dan Hadis serta tentang bagaimana Mazhab dalam islam kekal,juga tujuan menulis menurut islam ,Model penulisan Dakwah,Jenis Penulisan dan Media penulis baru,genre yang disyorkan serta memahami sasaran pembaca.Cara menjemput idea,Bagaimana membina rangka penulisan serta cara mengali sumber penulisan.

Jadi sekiranya berminat untuk mendapatkan buku ini bolehlah ke kedai buku berhampiran atau kalau tak jumpa boleh email UA,insyallah UA akan bantu untuk dapatkan buku ini.


Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

3 comments:

  1. ermmmm... menarik review Ummul..
    buat ain tertarik nak beli buku ni.. mana lah tahu boleh jadi penulis macam Ummul juga.. :)

    tQ Ummul...

    ReplyDelete
  2. most welcome ain...insyallah boleh...asalkan kita ada kemahuan..

    ReplyDelete
  3. saya pernah baca buku hilal asyraf. memang best juga. tapi saya lebih suka baca catatan Aiman Azlan. lebih santai

    ReplyDelete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib