Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Sunday, 21 June 2015

Penghargaan Google sempena Hari Bapa

Ummul Azkee


Selamat Hari Bapa


Buat Walid dan En.Suami

Selamat Hari Bapa buat semua bapa-bapa di seluruh dunia.Hari ini secara rasminya sambutan Hari bapa di sambut di seluruh pelusuk dunia.Walaupun anda hero yang tak didendang,yang mungkin kurang ditonjolkan pengorbanannya berbanding ibu-ibu .ketahuilah anda adalah hero sentiasa menjadi hero terbaik buat anak-anak.

UA dengan walid 

Selamat Hari bapa buat ayah tersayang,walid  UA yang sentiasa menyokong setiap perkara yang UA mahukan serta impikan,menjadi penyelamat di saat sukar juga manusia yang tak pernah jemu menasihati
UA agar berjaya di dunia dan akhirat.Walid sentiasa menjadi hero terbaik buat UA.Terima Kasih!!!!!

Tak lupa juga buat suami tercinta,yang sentiasa menyayangi anak-anak UA sepenuh hati sehinggakan kedang-kadang UA rasa cemburu dengan kemesraan seorang bapa pada anak-anaknya.hehehe......









Penghargaan Google buat bapa-bapa seluruh dunia

Jika ada yang sesiapa yang perasan,pagi ini,di google ada terpapar gambar yang comel antara bapa dan anak di tengah-tengah perkataan google di atas kotak pencarian.Ini merupakan satu cara google menunjukkan penghargaan mereka buat semua bapa-bapa di di seluruh dunia.Ternyata Bapa-bapa takkan pernah di lupakan oleh semua.Anda Superhero di hati anak-anak ya!!!ingat itu selalu..






Pada yang telah ketiadaan bapa di dunia ini,jangan terlalu bersedih,sentiasa sematkan di hati untuk kembali bertemu dan bersama di dunia abadi.Syurga illahi.Sentiasa ingat akan mereka dan anda masih boleh menjadi anak yang berbakti dan soleh mahupun solehah dengan menjaga aurat,ibadah serta selalu berdoa untuk kesejahteraan mereka di alam sana.



Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

0 comments:

Post a Comment

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib