Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Monday, 1 June 2015

Nasi Daun Pisang?sedap ke?

Ummul Azkee


    Nasi Daun pisang.Siapa pernah makan?Pada yang tak tahu,mesti terfikir macam mana rupa nasi daun pisang ini.Atas daun pisang ke?Apa makanan nya?ada lauk ke?di mana boleh jumpa nasi ini?
Sebenarnya Nasi Daun Pisang ini adalah makanan yang berasal dari masyarakat india.Kalau perasan siapa yang pernah tengok cerita tamil ke,hindustan ke kan ada babak makan mereka makan nasi kosong bersama kari di atas daun pisang.UA pun sebenarnya tak tahu wujudnya Nasi Daun Pisang ini di Malaysia.Hehehehe..kasihan kan?Maklumlah UA dibesarkan dalam keluarga melayu dan jarang makan di luar.Jadi bab makan yang lain dari lain ini memang kurang sikit pengetahuannya.Setelah kenal dengan En.suami dan berkahwin barulah UA tahu bab-bab makan ini.En.suami memang suka makan.hihihi..
   Buat pengetahuan semua UA baru sahaja pertama kali makan nasi daun pisang ini tahun lepas,
En.suami dan keluarga mertua memang suka masakan India,jadi selalunya pilihan mereka kalau keluar makan pastinya restoran nasi kandar.Pertama kali makan Nasi Daun Pisang ini memang agak kekok sebenarnya sebab banyak juga lauknya,sampai tak tahu mana satu mahu makan dahulu,Kari nya pun pelbagai.Selalunya Nasi Daun Pisang ini ada di Restoran makan India,UA tak berapa tahu lokasi yang agak terkenal di Malaysia ini sampai lah UA tonton rancangan Food Wars Asia.Rupanya ada dua restoran India yang menyediakan Nasi Daun Pisang yang sedap di Bangsar,Kuala Lumpur.Satu restoran tak begitu popular dan agak biasa,dan satu lagi restoran yang ekslusif dan dikenali ramai.Hanya UA sahaja tak tahu.hehehehe...
   Jadi mari kita lihat di mana letaknya dua kedai makan ini dan bagaimana rupa Nasi Daun pisang ini.Tapi kalau nak tahu sedap ke tak kena lah pergi cuba sendiri ya..


gambar dari food wars Asia

   Ok,kedai pertama adalah Fierce Curry House yang terletak di No 16 Jalan Kemuja,Bangsar Utama,Kuala Lumpur.Untuk maklumat lanjut mengenai restoran ini dan melihat hidangan lain yang disediakan di sana boleh lah laman facebook mereka di sini.Di sini selain nasi daun pisang,nasi beriani nya juga agak popular dan mendapat pujian ya.Tapi tak kurang hebat juga restoran Annapuurnam Chetinad Restaurant ini ya,walaupun tak begitu dikenali tetapi menjadi pilihan juri Food Wars Asia.Mesti sedap juga kan.hehehehe...hehehehe.Ini alamatnya pada siapa yang teringin mahu mencuba.No 74, Lorong Maarof, Bangsar, 59200, Kuala Lumpur.
Aduhai menyesal pula buat entri mengenai makanan pagi-pagi ini,rasa lapar dan terliur pula.Nanti  mahu ajak En.Suami pergi makan Nasi Daun Pisang lah.hehehehe..











Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

4 comments:

  1. erm...mesti sedap...dan wangi kena daun pisang tu...KG pernah makan beralaskan daun pisang...makanan kita jadi harum daun pisang tau...makan dgn tangan lagi la menyelerakan...

    ReplyDelete
  2. feveet kak eny nasi daun pisang ni hehehe

    ReplyDelete
  3. wah, nasi daun pisang? menariknya. x pernah try lagi! hahaha. mostly kawan x berapa mnat masakan India ni. dapat merasa pun masa dekat PLKN

    ReplyDelete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib