Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Friday, 19 June 2015

Dugaan di bulan ramadhan.

Ummul Azkee
google image


  Salam ramadhan untuk semua.Dua tiga hari ini semangat mahu menulis berkurangan sedikit.Sehari sebelum puasa UA tak sihat.Selsema teruk Jadi walaupun ada masih menulis di blog ini,tapi tidaklah berceloteh panjang seperti selalu.
  Itulah dugaan pertama ramadhan kali ini buat UA.Allah sw.t mahu menduga kekuatan diri barangkali.
samada redha atau tidak dengan ujian yang tak seberapa ini.Barangkali mahu melihat usaha diri UA ini untuk melakukan ibadah walaupun kesihatan tak mengizinkan.
   Hari ini telah masuk hari ke dua kita berpuasa dan kesihatan UA makin bertambah baik.Alhamdulilah.
Usaha mahu segera pulih dimakbulkan dengan usaha mencari penawar selsema ini.Amalan meminum air madu suam menunjukkan hasil.
  Kehidupan sebagai ibu dan isteri di bulan ramadhan ini mencabar ya!Dua kali ganda sibuk nya dari hari biasa.Mahu sediakan juadah berbuka puasa,ditambah lagi dengan lauk pauk untuk bersahur,
memang tak menang tangan di buatnya.Melayan kerenah anak-anak lagi.Begitulah mencabarnya dugaan di bulan ramadhan.dengan keadaan inilah kita di uji,bersabar atau tidak..mampukah kita menahan amarah apabila berpuasa.Moga kita tabah ya ibu-ibu semua.Insyallah besar ganjaran pahala nya,berlipat kali ganda pahala diberikan oleh Allah s.wt.Moga-moga kita dapat menjalani ibadah puasa dan juga amalan-amalan lain seperti bersolat terawih dan bertadarus Al-Quran dengan sehabis baik.Amin.


   

Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

2 comments:

  1. Semuanya pasti ada ganjaran. Sabar. Semoga kak ummul kembali bersemangat berblogging

    ReplyDelete
  2. insyallah..semangat dah pulih dah nih..hihihihi

    ReplyDelete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib