Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Monday, 29 June 2015

#Cabaran20hari resepi hidangan sahur paling ringkas,cepat,mudah dan menyelerakan

Ummul Azkee

Resepi hidangan sahur yang mudah,cepat dan menyelerakan


    Apabila terbaca tajuk hari ketiga cabaran20hari ini,iaitu resepi hidangan sahur paling ringkas,serta merta resepi ikan bilis kentang goreng kicap lah yang terlintas dalam fikiran UA,baru minggu lepas masak lauk ini untuk bersahur,waktu itu memang buntu mahu makan apa untuk bersahur.Bangun-bangun untuk bersahur terus dapat idea masak lauk ini.Apalagi terus lah masuk dapur dengan mamai.hehehehe..Memang senang nak masak lauk ini tahu,semudah ABC.Tak sampai 5minit dah siap!
dan paling penting menyelerakan,UA sampai bertambah-tambah makan nasi walaupun sahur berseorangan.Resepi ini sebenarnya resepi umi UA,dahulu kalau umi tak masak,inilah lauk yang selalu UA masak untuk makan.Memang senang sangat.Nak tahu resepi?mari UA bagi..boleh cuba!sedap tahu!



ikan bilis kentang goreng kicap


IKAN BILIS KENTANG GORENG  BERKICAP

 BAHAN-BAHAN

 Bawang merah  1biji
 Bawang putih    2ulas
 ikan bilis            segengam
 kentang              2biji
 cili padi             ikut  kepedasan yang anda mahu
 kicap                 secukupnya


CARA-CARA

1.Mula-mula goreng ikan bilis dan kentang
2.Panaskan minyak,kemudian,tumis bawang merah,bawang putih dan cili
3.seterusnya masukkan kicap,kuantiti kicap mengikut banyak mana kentang dan ikan bilis
   kalau UA suka smpai hitam.
4.masukkan kentang,gaul smpai sebati,kemudian tutup api
5.akhir sekali masukkan ikan bilis dan gaul rata..siap!

Kalau ikut UA kadang-kadang suka lebihkan minyak macam dalam gambar di atas itu jika tiada lauk berkuah..minyak dan kicap bergabung memang sedap!

senang kan...cubalah yer,memang sedap!


Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

3 comments:

  1. Salam...

    wahhh bonde pon ade masak menu ni... memang ringkas dan sedap Fatin suka...

    baca sini : http://kumahuitu.blogspot.com/2015/06/cabaran20hari-yang-ke-3-resepi-hidangan.html

    ReplyDelete
  2. nak ringkas semua resepi berasaskan kicap.. hehehe..yoorin pon..

    ReplyDelete
  3. sungguh menyelerakan kan ummul di makan dengan nasi panas, kicap memang wajib bagi kak ana haha :)

    ReplyDelete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib