Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Sunday, 28 June 2015

#cabaran20hari pengalaman sahur zaman kanak-kanak

Ummul Azkee


sunnah bersahur
google image

PENGALAMAN SAHUR ZAMAN KANAK-KANAK


  Berceita tentang pengalaman sahur,UA rasa semua orang ada pengalaman masing-masing yang takkan boleh dilupakan.Mungkin ada yang pengalamannya manis,ada pula mungkin pahit.Tapi bagi UA pengalaman sahur yang paling UA ingat adalah pengalaman bersahur waktu zaman kanak-kanak.
Selalunya zaman kanak-kanak lah zaman yang paling kita kenang kan.maklumlah zaman kanak-kanak
zaman yang penuh gelak tawa,zaman naif ,tak tahu tentang hakikat hidup sebenar.Yang tahu hanya main,makan tidur..ye tak??hikhik..

  Bersahur bagi kebanyakkan orang adalah satu benda yang amat berat dan payah kan bukan?Lebih-lebih lagi kanak-kanak.UA pun kadang-kadang tak terlepas juga dengan tabiat malas bersahur ini.tapi malas macam mana pun pasti bangun untuk bersahur sebab sudah terbiasa dari kecil lagi tak pernah tinggal sahur.


google image


  Dulu,semasa  zaman kanak-kanak memang UA lah paling liat mahu bangun sahur.Berkali-kali walid kejutkan pun tak bangun-bangun.Lagi sayang tidur masa itu.huhuhuhu..kasihan walid apabila teringat balik.hikhik.kadang-kadang sampaikan walid  pam air di muka sebab mahu pastikan UA dan adik-adik bangun bersahur.Macam itu sekali dia buat sebab mahu anak-anak dia bersahur.Dia tak mahu anak dia rasa letih sangat di siag hari.Satu lagi sebab sahur kan sunnah,jadi walid sebolehnya mahu anak-anak ikuti sunnah seperti yang sepatutnya.Dapat pahala dengan mudah katanya.

  Suasana bersahur  dulu sebelum kahwin memang sangat meriah!macam makan malam!Umi masak lauk sedap-sedap macam makan malam.Semua lauk-pauk segar dan panas sebab umi masak sebelum sahur.Kami adik-beradik yang walaupun liat mahu bangun sahur ini pun jadi berselera makan.sampai bertambah-tambah.hehehe..Ditambah pula kami adik-beradik semua makan bersama dengan umi dan walid lagi lah bertambah berselera kan.

  Selepas selesai sahur memang kami semua tak tidur,sebab walid tak bagi.Kalau tidur memang akan kena bebel..Jadi biasanya lepas sahur,unutk hilangkan mengantuk kami adik-beradik akan berborak-borak dengan umi,Umi pun ceritalah tentang suasana puasa,bersahur dan beraya masa zaman muda-muda dulu.Sampai lah azan berkumandang barula berhenti..hehehe.. 

  Itulah pengalaman bersahur zaman kanak-kanak UA,selalu memang akan terkenang saat itu sebab sekarang bersahur sendiri sahaja tak semeriah dulu dengan adik-beradik,umi dan walid.Kalau ada peluang pun bersahur bersama mungkin sekali dua,itupun tak semua ada sebab ada yang sambung belajar,ada yang sudah berkahwin kan.

Pengalaman sahur anda semua pula bagaimana?mestilah lagi menarik bukan..?Mari berkongsi cerita!

#cabaran20hari 



   


Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

1 comments:

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib