Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Saturday, 27 June 2015

#Cabaran20hari Apa erti Puasa pada anda?

Ummul Azkee

APA ERTI PUASA


perkara yang perlu dan tak perlu dalam bulan ramadhan
google image

Apa erti puasa pada anda?


 Puasa dalam bahasa arab bermaksud 'menahan diri'

 Manakala dari segi syarak pula bermaksud '"menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar  sehingga terbenam matahari berserta niat".

 Mengikut pemahaman UA tentang erti puasa ini,dari sejak kecil hinggalah dewasa berubah mengikut kematangan dan ilmu yang kita perolehi. Kalau dulu masa zaman kanak-kanak apa yang terlintas di fikiran masa itu,Puasa itu ertinya kita tak boleh makan atau minum sepanjang bulan ramadhan.Pasti semua pun fikir macam itu kan dulu masa zaman kanak-kanak.huhuhu..Selain itu kita tak tahu apa faedahnya puasa.Mengapa perlu berpuasa?Pasti dahulu semua itu bermain dalam fikiran kita,kan?

 Selepas itu,semakin dewasa kita di didedahkan sedikit demi sedikit tentang erti kata sebenar puasa.Di alam persekolahan kita didedahkan dengan ilmu-ilmu tentang puasa dalam erti puasa yang sebenar mengikut agama.Kalau dulu kita tak nampak apa faedahnya puasa,melainkan hanya lapar dan dahaga,semakin hari semakin kita mengerti tentang erti puasa yang sebenar dalam ajaran Islam.

Bagi UA puasa ini bukan setakat menahan diri dari makan dan minum sahaja.Puasa ini juga bermaksud kita juga perlu menahan diri kita dari perkara-perkara yang negatif  yang dilarang atau tidak disukai dalam islam.Itulah erti puasa secara keseluruhannya.

Selain dari tidak makan dan tidak minum.Kita juga perlu menahan diri kita dari tidak menipu,
mengumpat,mengadu domba,bergaduh,berkata perkataan yang buruk.

Puasa menjadikan kita manusia yang sentiasa taat dalam melaksanakan setiap perintahNya,melatih diri kita menjadi manusia yang sabar dan tabah dalam menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran.


Itulah Erti puasa bagi UA,ada bagaimana??Mari kongsikan...#cabaran20hari

Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

3 comments:

  1. betullah Ummul, kak ana setuju dengan pendapat ummul.EFG009 singgah pagi.

    ReplyDelete
  2. Nice entry ! Bulan Ramadhan adalah sebaik2 bulan untuk kita muhasabah diri :)

    ReplyDelete
  3. nice entry ummul.. singgah blog ummul pagi ni hehehhe

    ReplyDelete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib