Asam Pedas untuk Dia...
Sesiapa yang lihat gambar asam pedas UA ini dalam gambar di atas ini,mesti fikir macam tak sedap je kan..hikhik..Ini asam pedas yang UA masak beberapa haril lepas untuk hidangan berbuka dan sahur sekali.Maaflah ye gambar memang tak berapa nak selera untuk dilihat,sebab memang ini sahaja gambar yang sempat diambil,itupun setelah ikannya habis di makan.huhuhu.Tapi jangan pandang pada rupa ok,cubalah rasa dulu..huhuhuhu.
Encik.suami kata sedap..paling sedap sepanjang perkahwinan kami.Cukup rasa katanya asam pedas UA kali ini.Sebelum ini,banyak kali juga cuba masak tapi kelaut..huhuhuhu..Suami UA ini juri tetap di rumah,,kalau UA masak dialah yang mengadilinya sedap ke,..tak sedap ke..kurang itu ke,kurang ini ke..Almaklum Encik suami memang suka makan,jadi,sebab itu banyak komennya.hikhik..tapi dalam pada komen itu,UA cuba perbaiki kekurangan masakan UA.Memang selalu UA yang tanya,Ok tak?sedap tak?Memang jawapan jujur lah yang dapat kan..hehehe..Kalau dulu rasa kecil hati juga apabila di komen itu,di komen ini tentang masakan tapi sekarang UA rasa elok juga ada orang komen jujur,boleh perbaiki masakan sendiri.
UA ini terus terang dulu sebelum kahwin memang tak berapa pandai masak lauk-pauk.Masak yang ringkas-ringkas hentam keromo boleh lah sikit-sikit.Tapi selepas kahwin semangat mahu belajar masak menggunung tinggi sebab dalam hati mahu suami dan anak-anak makan dari air tangan UA.Kalau sudah niatnya macam itu mestilah kena bersemangat kan sebab mahu pastikan setiap masakan sedap untuk dimakan sekeluarga.
Jadi,dari hari ke hari sambil masak,sambil belajar.Kalau rasa kurang di tambah apa yang patut.Kira macam eksperimen juga masak memasak ini.Kena banyak praktis dan rajin mencuba.Selalunya UA google resepi yang tak pernah dicuba.Kalau sedap di teruskan,jika tak menepati citarasa sendiri ubah ikut selera suami dan anak-anak.
Setakat ini UA rasa misi UA untuk sentiasa masak masakan yang sedap untuk keluarga tercapai dengan usaha tanpa henti sampaikan Afrina anak UA cakap 'Ibu ni selalu masak sedap-sedap hari-hari.'Dengar dia cakap macam itu rasa gembira sangat sebab impian mahu berikan yang terbaik untuk keluarga tercapai.Dan yang paling penting Asam pedas untuk Dia ,suamiku..lulus ujian rasa akhirnya..
Seronok sangat!Jadi pada sesiapa yang tak pandai masak atau baru nak belajar masak untuk keluarga jangan putus asa ya!Cuba dan terus mencuba..Practice Make Perfect!!!!!!!!!!
0 comments:
Post a Comment
THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..