Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Friday, 5 June 2015

Aku tak Sempurna.

Ummul Azkee
sempurna
google image

Manusia dan kesempurnaan 

   Manusia dan kesempurnaan..sinonim atau tidak?cuba kita fikirkan,saling berkait ataupun tidak?Pastinya setiap dari kita mahukan kesempurnaan dalam hidup,rasanya tipulah kalau kita sebagai manusia tiada keingian mempunyai segala yang terbaik dalam hidup.
     Setiap dari kita pasti mahukan kesempurnaan.Mahu sentisa cantik,kacak bergaya,kaya,berpelajaran tinggi,mempunyai pasangan hidup yang sempurna,perkahwinan yang indah,keluarga yang bahagia,
mahukan anak-anak yang comel dan bijak,rumah yang besar dan selesa,kereta yang cantik dan bergaya,
melancong ke luar negara dan macam-macam lagi keinginan yang kalau di senaraikan memang panjang menjela.UA pun tak terkecuali dari mempunyai keinginan seperti di atas,


Mampukah Kesempurnaan dimiliki?

  Cuma kadangkala akibat ketaksuban kita yang mahukan kesempurnaan dari segala segi,kita lupa yang kesempurnaan itu hanya milikNya.Seringkali kita berkeluh kesah mengenai hidup yang kadangkala tidak menjadi seperti yang kita inginkan.Berbagai persoalan menyergah dalam pemikiran kita.."Kenapa semua ini jadi pada aku?","Malangnya nasib aku ini!","kenapa aku tak boleh ada anak seperti orang lain?,"Aku sudah buat yang terbaik,kenapa masih gagal!",Allah tak sayangkankan aku kah?"begitulah sebahagian dari persoalan yang mungkin timbul dalam pemikiran kita apabila keinginan atau kesempurnaan hidup yang kita ingini tak tercapai.kenapa dan mengapa?
    Apabila pelbagai persoalan dan perasangka timbul,mulalah kita menyalahkan diri sendiri,orang di sekeliling kita mahupun takdir yang telah ditentukan oleh Allah.Tanpa kita mencari hikmah di sebalik yang terjadi,kita terus-terusan meletakkan kesalahan pada tempat yang tidak sepatutnya.
   Tak dinafikan UA sebelum ini dengan rendah hatinya mengakui sebelum sampai usia kematangan kadangkala ada juga terdetik sebegitu.Allah!terasa malu apabila difikirkan balik.tetapi seiring dengan kedewasaan,UA semakin mengerti hakikat yang hidup ini  sememangnya takkan sempurna dan akan sentiasa akan ada cabaran dan dugaan.


Sempurnakan Hidup

  Jadi,bagi UA sebaik-baiknya tindakan yang kita perlu buat apabila di uji dalam kehidupan adalah tenangkan diri untuk sejenak.bersangka baik dengan Allah,tak berputus asa dengan hidup,tidak fokus pada masalah tapi berusaha mencari jalan penyelesaian.Yang paling penting jangan sesekali kita putuskan hubungan kita dengan Allah s.w.t,jangan putus asa dari rahmatnya atau berhenti meminta dariNya,yakin segalanya akan dimakbulkan dengan izin Allah,Sentiasa tanamkan sifat rendah diri dalam hati dan ingatkan sentiasa dalam hati bahawa kesempurnaan itu milikNya,dan sentiasa bisikan dalam hati"Aku Tak Sempurna!" insyallah kita akan hidup lebih sempurna apabila kita meghargai setiap yang dikurniakan olehNya pada  kita.Amin
   
   

Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

0 comments:

Post a Comment

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib