Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Tuesday, 9 June 2015

7 CARA PERSIAPKAN DIRI MENYAMBUT RAMADHAN

Ummul Azkee

 

PERSIAPAN MENYAMBUT RAMADHAN


   Seperti yang kita ketahui, tinggal kurang dari 10 hari kita akan menyambut bulan ramadhan.Jadi selain mempersiapkan segala keperluan menyambut Aidilfitri nanti,Jangan kita lupa untuk persiapkan diri untuk menyambut bulan ramadhan yang mulia ini.Banyak ganjaran dan pahala yang akan kita perolehi sekiranya kita manfaatkan bulan yang penuh rahmat ini.Sini UA kongsikan antara persiapan yang kita boleh lakukan agar kita boleh menyesuaikan diri dengan bulan ramadhan yang bakal tiba.



1.BERPUASA SUNAT

Latih diri berpuasa sunat Isnin dan Khamis agar kita boleh menyesuaikan diri pada bulan ramadhan nanti.Agar kita boleh persiapkan diri dan badan kita meneruskan rutin harian walaupun berpuasa,Bagi yang ada tertinggal puasa pada ramadhan yang lalu adalah lebih baik terlebih dahulu menggantikan puasa sekiranya ingin berpuasa sunat.



2.BANGUN MALAM

cuba latih diri bangun satu-dua malam dalam satu minggu supaya kita tidak liat bangun malam pada bulan ramadhan.




3.JAGA LIDAH

Jaga lidah kita dari percakapan yang sia-sia.Elakkan mencaci dang mengumpat.Jika kita memang suka bercakap atau berbual,sentiasa ingatkan diri dari berkata yang sia-sia seperti mengumpat dan mencaci.Berkata-kata tentang perkara yang berfaedah atau lebih baik diam.



4.MEMBACA AL-QURAN

sekiranya sebelum ini kita hanya membaca Al-quran sekali sehari atau hanya selepas maghrib,mungkin kita boleh mulakan amalan membaca Al-Quran setiap kali solat agar kita terbiasa melakukannya pada bulan ramadhan nanti.Semua sedia maklum banyak ganjaran pahala sekiranya kita bertadarus pada bulan ramadhan.




5.JAGA KESIHATAN

Jaga kesihatan kita sebelum tibanya ramadhan agar kita kekal bertenaga dan sihat untuk beribadah dan bersolat tarawih pada bulan ramadhan.pastikan kita dapat tidur dan rehat yang cukup bagi mengelakkan kita jatuh sakit.Sekiranya kita mahukan elakkan badan mudah letih ramadhan,mungkin boleh mencari produk kesihatan yang boleh memberikan kita tenaga pada badan kita.



      6.PERSIAPAN RUMAH

luangkan masa  untuk mengemas dan membersihkan rumah seperti bersihkan dapur,mengemas atau menyusun atur bilik,mencuci bilik mandi,bersihkan tingkap dan kipas,mencuci langsir dan sebagainya agar kita tidak perlu mengambil masa yang banyak membuat persiapan ini pada akhir ramadhan nanti.Ini bagi mengelakkan kita letih untuk menunaikan solat tarawih pada malam hari,juga sebagai satu cara kita bersemangat dan berseronok untuk menyambut ramadan.


     7.AZAM

tanamkan azam untuk melakukan ibadah semaksimum mungkin pada bulan ramadhan.Niat seikhlas hati untuk melakukan ibadah dan setiap amalan-amalan sunat digalakkan pada bulan ramadhan kerana mengharap pengampuan dari Allah S.W,T bukan kerana malu pada kepada orang lain atau mengharapkan orang melihat kebaikan dan amalan yang kita lakukan.



AHLAN WAHSAHLAN YA RAMADHAN


















Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

3 comments:

  1. Terima kasih atas perkongsian ini. Ramadan dah semakin hampir, saya pulak bakal menyambut ramadan di thailand. Semoga ramadan tahun ini lebih bermakna. Hehehehe..

    Jemput baca : http://ceritaejoy.blogspot.com/2015/06/ramadan-di-ayutthaya-thailand.html

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  3. Semoga ramadhan kali ini lebih bermakna dengan adanya persiapan awal...
    Thanks sharing...

    ReplyDelete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib