Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Thursday, 21 May 2015

Nisa dan buku baru...

Ummul Azkee


    Nisa?siapa pula nisa ni kan..hihihi..anak UA ada dua orang sahaja Afrina dan Adriana..mesti yang ada baca blog UA sebelum ini terfikir siapa Nisa pula ni.UA salah tulis nama ke..huhuhu.
   Buat pengetahuan semua Nisa ini anak rakan sekolah UA,juga pelanggan pertama UA yang membeli buku #Projek100buku.Baru sahaja UA hantar tempahan buku dari Nisa ini ahad yang lalu.
   Sebenarnya selama ini UA tak pernah terfikir pun nak berniaga sebab UA tak berapa pandai bab berniaga ini,nak kira modal,bajet,harga jualan dan untung.Tengok kawan-kawan berniaga macam seronok sahaja. pernah juga terdetik di hati ini mahu mencuba tapi tak temui produk yang menarik minat UA nak meniaga.Dalam hati selalu berkata-kata..'nak berniaga apa?" produk apa?' dan secara kebetulan terlibat dalam projek100buku ini tahun lepas dan diberi  peluang untuk berniaga dan menjual karya sendiri dan rakan-rakan lain oleh karangkraf. Maka UA tak lepaskan peluang.Tak sangka
pelanggan pertama UA seorang kanak-kanak.Rasa macam seronok pula jual buku untuk kanak-kanak yang comel-comel belaka  sambil itu boleh sebarkan ilmu untuk mereka.bertambah keseronokkan UA dan keterujaan untuk berniaga.
  Rasanya mungkin inilah produk yang paling dekat di hati UA untuk berniaga.Insyallah akan teruskan..doakan ya semua!kalau nak beli buku-buku dari #Projek100buku boleh email UA,nak komen di sini pun boleh.Untuk entri seterusnya UA akan review kategori buku-buku #projek100buku.ok.
  Sehingga itu mari lihat kegembiraan wajah Nisa bersama-sama bukunya.Ibunya kata dapat sahaja buku-buku itu terus baca.begitulah keterujaan Nisa dengan buku-buku barunya.Seronok rasa hati UA melihat gambar-gambar di bawah.Moga Nisa dapat ilmu yang berguna dari buku-buku yang UA jual
 Amin.









Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

4 comments:

  1. baca jgn x baca ye dik . hehee

    ReplyDelete
  2. Buku ni ada masa karnival Karangkraf hari tu yea

    ReplyDelete
  3. aah ade jual bonde..masa karnival tu la pelancaran nya..

    ReplyDelete
  4. hmmm mcm menarik.
    nanti aida tgk further :)
    and moga sukses ekk.

    ReplyDelete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib