Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Thursday, 21 May 2015

Minggu yang sibuk!!dan....Aktiviti hari ini..

Ummul Azkee
   
   Tiga hari blog UA sepi tanpa entri baru,rasa macam satu perasaan yang tak seronok apabila tak menulis beberapa hari di blog.Ahad malam yang lalu memang mahu menulis entri baru,tiba-tiba internet bermasalah pula,memang tak keruan UA dibuatnya.Rasa macam tak lengkap urusan harian apabila tak menulis di blog.huhuhu..Selepas dua hari barulah ok internet di rumah ini.hm..Dengan hujung minggu lalu yang sibuk ke sana ke mari,dari hari sabtu ambil tempahan buku di shah Alam kemudian hantar pada pembeli di klang.Ahad pula memenuhi jemputan perkahwinan di klang.fuh!
penuh jadual hujung minggu.mengalahkan menteri.hihhihi..minggu ini pun jadual sabtu ahad penuh!
   Dan hari ini pun UA ada aktiviti di luar.UA,anak-anak serta dua orang adik UA menghadiri majlis pelancaran Pameran Ilustrasi Buku bergambar di Artiseri Gallery di Seri Pacific Hotel,Kuala Lumpur.
Pameran ini bermula hari ini 20 Mei hingga 3 Jun 2015.

                                 


Pameran ilustrasi buku bergambar ini menampilkan tiga ilustrator Malaysia iaitu Emila Yusof,Evi Shelvia dan Mazni Md Ramly.Mereka bertiga berpengalaman dalam industri buku bergambar kanak-kanak dan telah menghasilkan lebih daripada 10 buku.Jadi hasil lukisan yang dipamerkan terdiri daripada ilustrasi buku bergambar yang telah diterbitkan dalam bentuk buku bergambar berserta hasil seni mereka yang lain.Jadi pada sesiapa yang berminat untuk melihat dan mendalami ilustrasi buku bergambar kanak-kanak boleh lah ke pameran ini.
Boleh juga bawa anak-anak ke sini  kerana ada di pamerankan juga buku-buku ilustrasi yang dihasilkan oleh ketiga-tiga ilustrator ini.Lihat sahaja Afrina dalam gambar di bawah,leka dengan buku-buku di pameran ini.Teruja melihat ada buku-buku yang telah dimiliki serta smenjelajah buku-buku lain yang belum pernah ditemui...
Gambar akhir itu kalau nak tahu Adriana merengek-rengek nak ajak naik bas..hahaha..anak..anak..

















                       

Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

9 comments:

  1. psst..nak bagitau kalau UA berminat nak order crunchy kapitz berperisa tu takde masalah..ada buat penghantaran untuk SM/SWK juga..dan beli banyak dapat harga lagi murah tau..kalau minat hubungi wana, whatsApp pun bleh, 0128244251. tq :)

    ReplyDelete
  2. macam best je tu ... pernah pergi pesta buku sekali aje, bilalah nak pergi lagi agaknya :)

    ReplyDelete
  3. best juga ke sana...boleh tgk secara dekat artwork yg di lukis.. UA pun tahun ni bru kali ke dua ke pest buku..kena berfikir 2 tiga kali nk ke pesa buku kalau pergi dgn anak2...mmg sesak..ramai org..

    ReplyDelete
  4. Sha suka buka kanak-kanak. Penuh warna-warni. Menarik. Jalan cerita pun comel je :)

    ReplyDelete

  5. kalau suka boleh lah ke sana..dkt pwtc hotel ni..mmg seronok..cute2 jer artwork ilustrator2 nih semua..

    ReplyDelete
  6. buku kanak2 mesti kalerful dan menarik.
    aida pun suka beli kan buku if cantik illustrasi nyer.

    ReplyDelete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib