Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Thursday, 28 May 2015

Keluarga baru UA

Ummul Azkee

    Setelah 5 hari orientasi,akhirnya UA diterima dalam keluarga baru UA,EFG atau Exchange Feed Group.Terima kasih pada semua ahli EFG yang ramah dan menerima UA dalam keluarga besar ini.
   Kalau nak tahu EFG adalah salah satu kumpulan blogger baru di Malaysia.Ia baru sahaja ditubuhkan
 pada awal tahun ini yang dinaungi oleh salah seorang blogger juga ibu kepada 3cahaya mata,IRRA.        Disebabkan UA ni masih baru dalam dunia blog,rasanya elok sangatlah menyertai keluarga baru ini,rasanya UA perlukan kenalan dari dunia yang sama,baru bersemangat untuk terus menulis.Selain itu,insyallah pelbagai ilmu tentang dunia blog boleh UA pelajari.Kalau sebelum ini tak tahu apa-apa, dan tak tahu nak tanya sesiapa,cuma google sahaja,sekarang UA boleh bertanya pada mereka yang berpengalaman jika ada kemusykilan tentang blog
   Di samping itu boleh menambah kenalan,bertukar-tukar pendapat serta berkongsi pengalaman masing-masing.Ahli EFG ini terdiri daripada peringkat umur juga latarbelakang berbeza,itu yang istimewanya.
       Tag line EFG "bukan sembang kosong" pastinya bertepatan dan sangat bersesuaian kerana kumpulan blogger ini bukan setakat kumpulan biasa tapi juga seperti satu keluarga besar yang saling bantu membantu dari segi ilmu blog,juga perniagaan dalam talian.
       Rasa bertuah dipertemukan dengan EFG,setelah menyertai kumpulan ini UA dapat lihat aura positif dalam kumpulan,insyallah moga kumpulan ini,dapat terus beri manfaat antara satu sama lain, berkekalan dan maju dari masa ke semasa.Insyallah,amin.

Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

6 comments:

  1. ya, teruskan sebar kebaikan dan aura positif... :)

    love #EFG..!!muaaahhhh..

    ReplyDelete
  2. semoga semakin berjaya di #EFG

    ReplyDelete
  3. wah. masuk grup blogger.
    tahniah.
    moga aktif blogging ye.

    ReplyDelete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib