Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Friday, 22 May 2015

Food Wars Asia : Nasi Lemak terbaik di Kuala Lumpur!

Ummul Azkee



       Selalunya malam jumaat UA bersama suami dan anak-anak lepas makan malam sudah tercegat depan tv menonton Asia's Got Talent,disebabkan minggu lepas episod akhir program itu maka malam ini agak bosan...huhuhu.tapi UA terjumpa satu lagi program yang menarik yang pastinya berkisahkan Asia juga iaitu Food Wars Asia.Cerita ini seronok juga..pasal restoran makanan tempatan yang popular di Malaysia dan juga Singapura.Rancangan ini ditayangkan di Food Network channel 728.Beberapa minggu lepas ada menonton rancangan ini yang mempertandingkan dua restoran Nasi Lemak yang terkenal di Kuala Lumpur.Kedua-dua restoran bersaing bagi menentukan hidangan terbaik dan tersedap diadili oleh juri yang berpengalaman dalam masakan dan juga makanan.

       Jadi,mesti semua nak tahu nama restoran dan gerai yang bertanding kan?Yang  pertama Nasi Lemak Tanglin,pernah dengar?serius,UA memang tak pernah dengar,tahu mahupun mencuba Nas Lemak Tanglin tapi tengok rancangan Food Wars ini memang terliur di buatnya.Jadi selepas goggle baru lah UA tahu rupanya terletak di Gerai no 6Kompleks Makan Tanglin,Jalan Cendrasari.KL City Centre.Kuala Lumpur.



Hah!ini lah rupa nasi lemak Taglin.Macam mana ?terliur tak?gambar ini UA ambil dari laman web Food Network..nampak sedap kan..dan di bawah ini lah pemilik Nasi Lemak Tanglin,Perniagaan Nasi Lemak Tanglin ini adalah perniagaan keluarga yang bermula sejak tahun 1948 dan sudah diturunkan hingga ke generasi ke tiga..Yang perempuan itu lah generasi ke tiga nya.Kira sudah lama lah kan..UA jer yang ketinggalan.huhuhuhu..



VS



Dan Restoran yang bersaing dengan Nasi Lemak Tanglin adalah Village Park Restaurant  yang terletak di 5, Jalan SS 21/37, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.Restoran ini dimiliki oleh pasangan suami isteri cina muslim.dan inilah rupa Nasi Lemak Village Park Restaurant.





   Kedua-duanya nampak sedap kan..pastinya dua Nasi Lemak ini mempunyai keistimewaan tersendiri dan resepi pun berbeza.UA dapatlah juga rahsia masakan nasi lemak kedua-dua nya.hahahahaah...
untunglah UA kan?.boleh tambah ilmu memasak..boleh masak sedap untuk keluarga macam masakan di kedai.jimat!hihihhi....Nak tahu yang mana menang sebagai Nasi Lemak Terbaik di Kuala Lumpur?jeng..jeng jeng...pemenang nya adalah Nasi Lemak Tanglin!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!huhuhu..da macam pengacara Food Wars Asia lah pula.hihihi.
   Apepun kalau nak tahu yang mana terbaik bagi deria rasa masing-masing boleh lah mencuba di kedua-dua lokasi Nasi Lemak ni ya.,tapi pastikan anda semua punyai kesabaran yang tinggi sebab melalui apa yang UA tonton di Food Wars,pelanggan memang sentiasa ada dan ramai,siap beratur..sedap sangat lah tu kan..jadi,jom..jalan-jalan cari makan..Insyallah UA pun akan ke sana untuk merasai sendri keenakan dan kehebatan Nasi Lemak yang terkenal di Kuala Lumpur.





     

Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

9 comments:

  1. nampak sedap ... tapi kalau gi KL, usband mesti cari nasi lemak antarabangsa ermm :)

    ReplyDelete
  2. tu lahhh nmpk cm sedap kan...nasi lmk antarabangsa tahu juga..tpi tak pernah lg pergi mkn...

    ReplyDelete
  3. Kena bagi rasa dua-dua nasi lemak tu baru boleh tau sapa menang, hihi :D

    ReplyDelete
  4. sebenarnya dua-dua sedap bila dah lapar kan hahahhaha selamat tengahari ye

    ReplyDelete
  5. dua-dua pun sedap rasanya kalau dah dua-dua kedai ramai orang..huhuhuhuhu..masa tgh lapar..mmg tak sempat nak fikir lg..ngap jer cik lily..hihihhiihi

    ReplyDelete
  6. Awesome nye . Thanks for the info . Well then,,boleh la try berbuka di sana ya ..

    ReplyDelete
  7. Nasi Lemak Terbaik di Kuala Lumpur.

    Tapi Village Park itu di Petaling Jaya.

    ReplyDelete
  8. alamak dua dua di kl ekk.
    sian la saya di melaka, x dpt merasa :( hu hu hu...
    nasi lemak ni, pada aida, bergantung kpd sambal nyer.
    sambal sedap, confirm best hidangan tu.

    ReplyDelete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib