Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Wednesday, 13 May 2015

Entri pertama-MENGAPA MENULIS DALAM BAHASA MELAYU?

Ummul Azkee


      Entri pertama?ya,ini bukan entri pertama UA ,jangan terkejut.:) ini entri pertama UA menulis dalam bahasa melayu.Setelah beberapa minggu,mungkin sebulan memikirkan akhirnya UA fikir rasanya lebih sesuai UA menulis dalam bahasa melayu.Rasa lebih selesa,tapi mungkin dalam sesetengah entri UA akan menulis dalam bahasa inggeris,mengikut kesesuaian.UA?Ummul Azkee..Nama pemilik blog ini ya,bagi yang masih tak tahu.Nama sebenar ya,bukan nama glamour :) Bukan nak ada nama istimewa atau apa,cuma rasa kekok mahu bahasakan 'saya' dalam blog ini.macam skema pula.

    Antara sebab UA ingin meneruskan penulisan dalam bahasa melayu di blog ini..

 PERTAMA

     Secara tiba-tiba rasa semangat ' BAHASA JIWA BANGSA' itu terbit dalam hati apabila
melihat begitu ramai penulis-penulis buku melayu yang menulis dengan tujuan untuk mendidik bangsa sendiri.Tak kira lah dari segi pemikiran,cara hidup atau agama.Rasanya tujuan penulisan itu lebih terarah untuk melahirkan masyarakat melayu yang berilmu.


KEDUA 

     Dengan target kepada pembaca melayu,segala maklumat dan perkara berbangkit yang mahu disampaikan lebih berjaya apabila berbahasa melayu dan mengelakkan kekeliruan maksud berbanding bahasa inggeris.

KETIGA

     Tak perlulah risau memikirkan ayat yang ditulis dalam bahasa inggeris itu sesuai atau tidak.Rasa macam tak adil juga apabila kita marah orang memperkotak-katikan bahasa kita,tapi kita pula lakukan perkara yang sama pada bahasa lain(mengikut pandangan UA lah)


KEEMPAT

    Bolehlah UA menulis dengan riang gembira tanpa perlu google makna sesuatu perkataan dalam bahasa inggeris.Entah betul,entah tidak UA pun tak tahu,tapi En.suami kata banyak salah.huhuhuhu.
Rasa nak pergi kelas Bahasa inggeris pun ada ;p


KELIMA

   Kagum dengan sasterawan negara dan pencinta bahasa melayu yang selama ini berjuang mermartabatkan bahasa melayu.



KEENAM

   Nak didik diri ini menulis bahasa melayu dengan betul,tanpa singkatan ataupun campuran bahasa inggeris atau bahasa pasar.Ini kerana semangat untuk menulis dan mempunyai buku hasil tulisan sendiri membuak-buak sejak beberapa tahun ini.

Moga UA berjaya!Doakan ya semua...;)
   
   

Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

4 comments:

  1. BM lagi senang ... nak buat entry BM ambil masa beberapa minit aje. Nak buat entry BI, jenuh pikir ayat. haha :p

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum
    memang bagus semangat tu.
    semoga berjaya.
    salam perkenalan dari saya Fiza Aziz.
    norafizaabdulaziz.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Bahasa jiwa bangsa. Dan lepas ni boleh write an entry dengan bahagia & bebas tenang, ecewah :D

    ReplyDelete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib