Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Friday, 15 May 2015

El Gamma Penumbra Juara Asia's Got Talent 2015

Ummul Azkee


   Setelah beberapa minggu menonton rancangan Asia's Got Talent,malam ini berakhirnya Asia's Got Talent 2015.Rancangan realiti ini merupakan rancangan yang sentiasa di tunggu-tunggu UA,suami dan anak-anak setiap minggu.Jujurnya UA dan suami bukanlah peminat rancangan realiti hiburan lebih-lebih lagi rancangan realiti nyanyian.Akan tetapi melihatkan kelainan rancangan ini menarik minat kami untuk terus menonton dari minggu ke minggu.Tanpa bosan kami menonton sehinggalah ke peringkat akhir pada malam ini.
   Pada mulanya tentulah mahu menonton persembahan peserta dari Malaysia dan memberi sokongan pada mereka tapi malangnya Sada Borneo satu-satu nya wakil dari Malaysia yang mara ke peringkat semi akhir tidak berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir.Saingan begitu sengit antara semua peserta.Sememangnya semuanya sangat berbakat.
  Salah satu keistimewaan Asia's Got Talent ini adalah kepelbagaian hiburan yang bukan setakat nyanyian,tetapi juga kreativiti dari segi perbezaan muzik,tarian,silap mata dan juga lukisan.Atas keunikan dan kreativiti inilah yang membuatkan UA dan suami tertarik hati mahu terus menonton.



  Seperti yang diketahui El Gamma Penumbra yang merupakan peserta berkumpulan dari Filipina telah menjuarai Asia's Got Talent 2015.Mereka memenangi hadiah utama bernilai US$100 000 serta berpeluang membuat persembahan di Marina Bay Sands.
  Buat pengetahuan semua El Gamma Penumbra merupakan salah satu kumpulan peserta kegemaran UA,suami dan anak-anak.Sememangya kreativiti anak-anak muda dari Filipina ini sangat mengagumkan.
  Pada hari pertama mereka membuat persembahan dalam sesi uji bakat,kreativiti mereka terserlah.
Persembahan tarian mereka bukanlah persembahan tarian yang biasa kita lihat di televisyen.
Mereka menampilkan persembahan tarian yang menggunakan bayang-bayang dan yang menariknya ialah tarian bayang-bayang mereka ini mempunyai jalan cerita seperti satu kisah yang mempunyai mesej yang memberi kesedaran tentang realiti kehidupan masa kini,kemanusiaan dan tentang kemusnahan alam serta bencana yang terjadi atas kerakusan manusia.
  Bagi UA inilah persembahan hiburan terbaik yang pernah UA pernah tontoni.Hiburan yang bukan hanya sekadar untuk menghiburkan kita tetapi juga memberi kesedaran dan membuatkan kita berfikir sejenak tentang kehidupan kita.Rasanya kita,rakyat Malaysia memerlukan bakat kreatif serta rancangan berbentuk kesedaran sebegini di Malaysia dan bukan hanya hiburan semata-mata.Bakat yang bukan hanya bergantung pada kecantikan atau lunakan suara sahaja tetapi juga bakat yang mampu
memberikan inspirasi pada semua terutamanya pada generasi muda.

Berikut di bawah adalah video salah satu persembahan kreatif dari El Gamma Penumbra atau jika mahu menonton kesemua persembahan El Gamma Penumbra bolehlah ke YOUTUBE atau ke website
AXN












Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

1 comments:

  1. tak pernah tengok lagi yg asia ... biasa tengok yg america. memang best la kan :)

    ReplyDelete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib