Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Saturday, 16 May 2015

Cerita Hari Guru saya,Selamat Hari Guru!

Ummul Azkee


        Selamat Hari Guru buat semua guru-guru di Malaysia,juga guru-guru di seluruh dunia.Moga segala pelajaran dan tunjuk ajar yang diberikan oleh guru-guru semua bermanfaat pada setiap muridnya.Hanya Allah yang dapat membalas setiap kesabaran dan ketabahan seorang guru dalam mendidik generasi akan datang menjadi manusia yang berguna pada bangsa dan juga agama.
       UA pasti setiap dari kita pasti akan mengimbau kenangan alam persekolahan apabila tiba hari guru kan?Tentunya ada kenangan yang tersemat dalam ingatan kita tentang guru-guru yang pernah mendidik kita dulu.Tidak kiralah yang manis mahupun pahit.
        Zaman persekolahan merupakan zaman yang penuh dengan keseronokan bagi UA.Walaupun kadangkala ada juga perasaan malas mahu bangun awal pagi dan bersiap.hehehe..mesti semua orang pernah ada perasaan macam ini kan,lebih-lebih lagi apabila sudah bercuti panjang.Malas dia memang tahap maksimum.Dulu masa di sekolah rendah UA kerap bertukar-tukar sekolah,jadi agak banyak juga kenangan dengan guru yang berlainan.Ada yang garang,ada yang kelakar dan juga ada yang baik sangat,sekali pun tak pernah marah.
      UA masih ingat lagi masa di sekolah dulu pasti ada pelbagai sambutan diadakan contohnya Hari kanak-kanak,Hari Guru,Hari Sukan dan macam-macam lagilah.Jadi selalunya apabila ada sambutan hari istimewa,pasti akan ada pelbagai pertandingan di sekolah.Seingat UA,masa UA tahun 5,bersempena hari guru di sekolah UA ada buat pelbagai pertandingan,pertandingan syair ,cipta pantun,drama,dan juga menulis karangan.Ceritanya bermula apabila guru kelas UA yang merupakan guru bahasa melayu menggalakkan UA menyertai pertandingan itu.UA masih ingat lagi namanya,Cikgu Norliza..Di antara murid dalam kelas UA,UA yang dipilih untuk menyertai pertandingn menulis karangan itu..UA pula masa itu memang masih hingusan lagi,tak berapa faham  mengapa perlu buat karangan masa sekolah dulu,walaupun dalam hati masa itu seronok juga menulis karangan,boleh berceloteh panjang sampai tak cukup satu helai kertas.Masa itu beria-ria dia mengajar UA cara menulis karangan yang baik.siap bagi isi-isi penting.UA pun sebagai anak murid patuh sahaja dengan apa yang di suruh,hihihi.naif betul dulu.

     Apabila sampai hari pertandingan.UA pun menulislah seperti yang diajar oleh cikgu Norliza.
Menulis ayat-ayat yang puitis dan menggagumkan.hihhiihihi.Tema dia tentulah Guru,tak silap UA perlu karang tentang jasa guru..Masa itu semua murid yang menyertai pertandingan menulis dalam satu kelas yang di sediakan.Meja pula disusun seperti dalam peperiksaan.Rasa macam dalam peperiksaan pun ada masa itu.Gemuruh semacam!pertama kali menyertai pertandingan katakan.
    Menunggu hari pengumuman pemenang memang meresahkan kalau kita menyertai pertandingan kan?mesti berharap untuk menang,dapat hadiah..biasalah masih budak,pasti seronok sangat kalau dapat hadiah.hhihihi.Pengumuman biasanya di buat waktu perhimpunan hari isnin.Jadi apabila tiba hari pengumuman lagi bertambah resah,gemuruhnya tak boleh dibayangkan.Jadi cuba teka UA menang atau tidak?hihihhi..mestilah menangkan,kalau tidak,tidaklah UA ingat kenangan ini hingga kini,siap ingat nama cikgu lagi.huhuhu..UA dapat tempat kedua dalam pertandingan menulis karangan itu.Kalau tidak dapat juara,tapi kerana satu kesilapan ayat UA terlepaslah gelaran juara.hahahaha..

                                 

  Nak dijadikan cerita,selepas penyampaian hadiah itu pula UA ada kelas Bahasa Melayu.punyalah cikgu Norliza itu marah,dalam kelas dia membebel-bebelkan UA sebab silap tulis pepatah melayu,yang satu ini "Guru ibarat lilin,membakar diri untuk menerangi orang lain" katanya UA tulis terbalik.UA pun tak ingat apa yang UA tulis.Aduhai!redha je la kena bebel,janji dapat hadiah kan!
hahahaha...



   Nak tahu tak hadiah apa?sebuah buku cerita dari siri pengembaraan Enid Blyton "DI ISTANA" 
versi bahasa melayu.Ceritanya sangat menyeronokkan.Buat pengetahuan semua itulah buku pertama UA.tapi sayangnya buku itu pun sudah hilang entah ke mana.Hajat hati mahu cari dan beli buku ini untuk mengingati kenangan manis di zaman persekolahan.Hmm..itulah cerita hari guru UA.panjang menjela..terima kasih pada yang sudi membaca!Untuk cikgu Norliza,terima kasih atas kenangan manis ini.Akhir kata,Saya sayang cikgu saya!

Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

7 comments:

  1. selamat hari guru buat semua guru ... seronok kan zaman sekolah :)

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Guru! Ekceli sy pon penah ade novel yang sama. =)

    ReplyDelete
  3. BW... seronok sgt zaman sekolah...kalaulah boleh kembali ke zaman itu huhuhuhu

    ReplyDelete
  4. misy syura awak pun ada yer buku tu..masih dlm simpanan lagi ke...

    ReplyDelete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib