Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Wednesday, 27 May 2015

baju!oh baju!

Ummul Azkee
                         

google picture


       Sesiapa yang tak pernah memegang peranan sebagai suri rumah sepenuh masa mungkin menganggap kehidupan kami dirumah seharian sangat mudah,senang lenang dan tanpa stress.
Hakikatnya hanya kami yang tahu..Ini berdasarkan pengalaman UA sebagai suri rumah selama hampir 7 tahun.Akan tetapi alhamdulilah dari masa ke semasa UA akhirnya dapat sesuaikan diri dan berjaya menangani segala masalah dengan tenang.
        Tinggal seharian di rumah memang kelihatan macam selesa kan,tak perlu fikir tentang kerja atau kelam kabut sediakan segala keperluan keluarga sebelum keluar bekerja.Tapi hakikatnya,kami
yang tinggal di rumah ini segala kerja tak pernah selesai,kerja sentiasa ada menunggu di depan mata.kalau nak elakkan pandangan mata memang tak mampu kerana kehidupan kami hanya di dalam rumah.Segalanya di depan mata.Apabila setiap hari memandang benda yang sama.mula lah mata naik rimas.terutamanya bab baju.huhuhuhu.


        Baju!oh baju!hal berkaitan baju di rumah ini memang hal yang utama dalam sesebuah rumah. Bakul baju kotor itu memang takkan pernah kosong,kalau kosong pun beberapa saat sahaja.hihihi..
  Bermula dari mencuci,kemudian menyidai hinggalah ke melipat..fuh!memang mencabar dan menguji kesabaran.Kadangkala terbayang kan bagaimanalah ibu UA dulu membereskan hal baju kami 7 beradik dulu,mesti letih yang amat sangat,sedangkan UA yang baru dua orang anak ini pun rasa mengah.
huhuhu..Itu baru bab baju belum lagi bab pinggan mangkuk,ragam anak,makan minum dan banyak lagi lah.Hm..respek pada semua ibu-ibu seluruh dunia.Ada sememangnya kuat dan cekal.
       Setiap orang mesti ada benda yang dia dan tak suka kan,bagi UA bab melipat kain itu agak gemar nak buat,cuma  menyidai tu yang payah sikit,selalunya lepas menyidai kain mesti rasa letih semacam, mengantuk je lepas itu..hihihhiihi..
       Kalau hujung minggu tak ke mana bolehlah dibereskan semua baju-baju yang bertimbun,kalau tidak dan sibuk ke sana ke mari alamatnya membukitlah baju dalam bakul baju kotor itu.hihihihi..
Hujung minggu lepas kan UA sibuk dengan pelbagai urusan sampaikan kerja rumah dan baju kotor bertangguh-tangguh.Memang ambil masa seminggu nak menghabiskan hal baju ini.Lebih-lebihh lagi apabila dua tiga hari ini hujan lebat di kawasan rumah UA,baju pun lembap,tak kering.maka tak siap-siaplah mengerjakan baju-baju itu.huhuhuhu..
       Kalau dahulu,UA adalah rasa stress,tapi apabila difikirkan kembali,stress pun tak guna,sebab kerja rumah ini takkan habis sehinggahlah ke akhir hayat.Bezanya samada akan ada orang yang menyambung kerja rumah itu atau tidak.Jadi UA ambil pendekatan yang positif.Selagi ada kerja selagi itulah ada peluang tambah pahala,apabila kita fikirkan pahala yang akan kita perolehi,maka hilanglah perkataan "stress" dari kamus hidup kita.Fikirkan pahala yang akan bertambah setiap hari,kita pasti lebih ikhlas dan redha dengan setiap pekerjaan yang kita lakukan.Pada yang selalu stress itu cuba praktikkan,dan fikirkan pahala yang dapat dikumpul,insyallah hilang stress,dan hidup pun lebih gembira.


     

Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

3 comments:

  1. Yang seronoknya jadi surirumah sepenuh masa ni boleh tengok anak membesar depan mata, betul tak? =)

    ReplyDelete
  2. baju lom berlipat??!
    umah aida penuh dgn baju berlipat.
    mana tak nyer, baju kotor byk, selalu basuh.
    sentiasa ada la baju utk dilipat :( hu hu hu...

    ReplyDelete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib