Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Friday, 22 May 2015

Bagaimana Menjadikan Usia kita Sentiasa Bermanfaat

Ummul Azkee


   Selalunya setiap hari jumaat terdapat banyak program atau rancangan tv yang berbentuk keagamaan dan kerohanian disediakan di beberapa stesyen tv termasuklah siaran secara langsung Solat Jumaat  yang dimana kita boleh mendengar khutbah dari imam di masjid berkenaan.Jadi,sudah menjadi rutin setiap jumaat UA akan menonton nya sebagai menambah ilmu agama yang tak seberapa dan juga sebagai peringatan untuk diri sendiri yang kadangkala alpa,di samping itu anak-anak pun boleh mendengar sekali majlis ilmu ini walaupun masa itu tengah main,Pastinya pendengaran mereka tertumpu pada setiap kata-kata yang diucapkan oleh ustaz dan ustazah.Itu pun sudah memadai bagi UA.Jujur UA katakan kadangkala apabila mendengar rancangan agama anak pun selalu bertanya tentang perihal agama,tentang apa yang dibincangkan dalam rancangan itu.
   Jadi pada entri kali ini UA ingin berkongsi ilmu yang UA dapat melalui rancangan Al-Marraya di TV Alhijrah.sememangnya selain rancangan Tanyalah Ustazah di tv9,Al-Hidayah di Tv3,Al-Marraya juga menfokuskan persoalan dan isu wanita,megenai panduan,cara hidup,pemikan serta cerita tentang sejarah wanita-wanita solehah yang di sayangi oleh Allah swt.
   Jadi topik Al-Maaraya hari ini adalah HIDUP BERNILAI.Dan kebiasaan nya penonton dalam rancangan ini berpeluang bertanyakan soalan.Jadi soalan yang menarik minat UA adalah dari seorang adik ini yang bertanyakan "Bagaimana Menjadikan Usia Kita Sentiasa Bermanfaat".Berikut adalah empat cara paling mudah untuk menjadikan usia kita sentiasa bermanfaat.

  1.Memberi Sedekah

    Sedekah bukan sahaja meliputi derma berbentuk kewangan atau barang tetapi juga boleh diberikan dengan senyuman,pertolongan,juga mendoakan orang lain dengan niat yang baik dan penuh keikhlasan.Jadi jangan lupa untuk bersedekah walaupun hanya dengan melemparkan senyuman pada seseorang,sungguhpun orang itu tak kita kenali.sedikit pun tak merugikan malah menambah pahala.Mudahnya menambah pahala kan?
  Memberi pertolongan mengikut kemampuan bukan sahaja dari segi kewangan tetapi juga khidmat dari segi tenaga dan juga kemahiran yang kita ada,Sebagai contoh menjadi sukarelawan apabila diperlukan juga sekiranya kita mahir memasak,bolehlah kita memberi khidmat memasak di majlis anjuran  sesebuah masjid atau di kenduri kendara.



2.Menyeru Kepada Kebaikan

    Seperti yang kita ketahui sekarang terdapat pelbagai medium yang kita boleh gunakan untuk menyeru orang lain berbuat kebaikan.contohnya sekarang seperti facebook,twitter,instagram dan juga blog.Jadi tiada alasan untuk kita tidak menyeru orang berbuat baik dan melarang dari berbuat kejahatan.Janganlah berasa rendah diri sekiranya kita tak sebaik ustaz,ustazah mahupun alim ulama,maka kita merasakan kita tidak layak menasihati juga menyeru orang lain pada kebaikan.Bak kata ustazah itu jangan menunggu untuk diri kita untuk menjadi baik barulah kita mahu menyeru kepada kebaikan kerana sifat manusia itu tidak sempurna dan setiap manusia itu pasti ada berbuat kesilapan.Jadi,jangan lepaskan peluang menyebarkan kebaikan pada orang lain.bayangkan jika setiap perkataaan kebaikan yang kita sebarkan itu jika menyebabkan orang lain berubah dari melakukan kejahatan kepada kebaikan,betapa banyaknya manfaat dan pahala yang akan kita dapat.

3.Berbakti Kepada Ibubapa

    Perkara berbakti pada ibu bapa bukan sahaja hanya terhad pada ketika hayat ibubapa kita tetapi juga setelah mereka meninggalkan dunia ini.Seringkali kita lihat kebanyakan anak-anak sangat berbakti pada ibubapanya yang masih hidup tetapi terlupa berbakti setelah ketiadaan mereka  di dunia..Begitulah yang diperkatakan oleh ustazah dalam Al Maraaya,kita sebagai anak perlu sentiasa berbakti pada ibubapa kita tak terbatas hanya ketika hayat mereka tetapi juga setelah mereka meninggal dunia.Sebagai anak setiasalah sedekah Al-fatihah,Yassin pada ibubapa yang telah tiada.Sentiasa mendoakan mereka dijauhkan dari azab kubur,menjaga aurat dan juga solat demi kesejahteraan mereka di alam sana.

4.Silaturahim

    Bab silaturahim ini kadangkala dilupakan apabila berlaku pergaduhan dan salah faham antara ahli keluarga,jiran mahupun sahabat .Jadi untuk memastikan kita hidup dengan bahagia maka hendaklah kita memelihara silaturahim sesama kita.Sentiasa memaafkan kesalahan orang lain pada kita,meminta maaf walaupun kita tak bersalah kerana orang yang tidak sukakan permusuhan adalah orng yang sangat bahagia.Ia akan menambahkan berkat umur dan menolak kejahatan.Orang yang menyambung silaturahim bernilai di sis Allah.Dengan izin Allah menjadikan kita sihat dan gembira.

Jadi itulah empat cara mudah bagaimana menjadikan hidup kita bermanfaat.moga kita sama-sama dapat mempraktikkan dalam hidup kita demi kebahagian dunia akhirat.Amin..





\

Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

4 comments:

  1. nice sharing ... no 3 tu dah tak boleh nak buat :(

    ReplyDelete
  2. masih boleh bw...walaupun mereka dah tiada...

    ReplyDelete
  3. Betul tu. Bila hubungan silaturahim kita antara sesama manusia ni baik, hubungan dengan Allah pun terbaik, inshaAllah, kita akan menjadi manusia yang bertuah dalam memanfaatkan usia. Alhamdulillah :)

    ReplyDelete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib