Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Monday, 25 May 2015

Afrina dan Adriana : Bersukan mengikut Sunnah

Ummul Azkee

      Apa itu sunnah?Bagi yang masih tak tahu,sunnah bererti "cara" atau "amalan.Sunnah nabi pula bererti cara hidup atau kebiasaan yang dilakukan dalam kehidupan seharian para Nabi dan Rasul.
Sunnah meliputi perbuatan,peribadi,akhlak mahupun perilaku.Sebenarnya banyak istilah sunnah ini,
kalau nak ketahui lebih lanjut boleh lah tanya pada mereka yang lebih arif seperti ustaz dan ustazah.Dalam entri kali ini UA cuma mahu fokuskan pada Bersukan mengikut sunnah.
    Tahukah kenapa ustaz ustazah selalu cerita tentang sunnah,Apa pentingnya sunnah dalam kehidupan kita?Sebenarnya sunnah ini jika kita amalkan dalam kehidupan kita,insyallah kita akan dapat pahala walaupun sekecil-kecil perbuatan,sebagai contoh bersukan.Seperti yang kita ketahui,zaman kini terdapat pelbagai sukan yang kita boleh ceburi sebagai hobi atau karier,tapi sukan yang boleh dikatakan popular pada zaman nabi dan rasul adalah berkuda dan memanah.Berenang pun sunnah juga.
Jadi sesiapa yang minat bersukan dan ingin menambah pahala bolehlah cuba dua jenis sukan ini.
Menyeronokkan juga tahu!Hujung minggu yang tengok Afrina dan orang lain memanah dan berkuda rasa macam seronok pula.

   Alkisahnya,hari sabtu dan ahad lalu,ayah UA ada buka booth untuk memberi peluang pada orang ramai mencuba sukan memanah di Festival Belia Meru yang diadakan di Meru klang.Ya,Ayah UA menjual pelbagai jenis alatan memanah pelbagai jenis.Ada jenis yang lama juga yang moden,aksesori pun ada.Pada hari itu sahaja ditawarkan RM5 untuk sekali main.Ramai juga yang berminat dengan sukan ini.dari kanak-kanak,remaja dan juga orang dewasa,semuanya mencuba dan nampak berseronok dengan sukan ini.Afrina pun termasuk sekali,teruja nak memanah.Jadi bagilah dia mencuba,ayah UA yang ajar.Suami UA ada juga cakap nanti tunggu lagi dua tiga tahun,apabila anak-anak besar sikit nak hantar ke kelas memanah.UA tak ada lah rasa macam teruja sangat mahu anak-anak bersukan memanah ini,tapi apabila tengok Afrina mencuba memanah,rasa macam bagus juga kalau anak-anak ada satu hobi seperti memanah ini.boleh mengajar mereka lebih fokus dan berdisplin.Hm..tunggu Afrina besar sikit baru masukkan dia kelas memanah atau persatuan lah...insyallah..





  Itu kisah pagi sabtu,sesudah selesai aktiviti memanah pada waktu petang.Malamnya ayah UA ajak pula kami ke DARC di Denai Alam,Sungai Buloh.Sudah beberapa kali juga ayah UA ajak ke sana,sibuk nak bawa cucu-cucu nya ke sana.tercapai juga hajat dia hari itu.DARC ini adalah satu tempat riadah untuk seisi keluarga.Ada pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini.Aktiviti utama di sini adalah menunggang kuda.Kelas untuk belajar menunggang kuda pun ada disediakan.Selain itu ada swimming pool,ruang untuk permainan memanah,dart dan juga snooker.Chalet pun ada disediakan jika kita mahu menginap di sana.Tak silap UA,pasar menjual sayur-sayuran pun ada disini.
  Selalunya ayah UA bersama adik lelaki UA ke sini belajar menunggang kuda.Kata Ibu UA,AYAH UA nak buat kelas memanah sambil menunggang kuda,bukan senang itu!insyallah moga niat ayah UA tercapai untuk Persatuan ini.




  Jadi malam itu anak-anak UA pun turut menunggang kuda buat pertama kali.Seronok Afrina dan Adriana menunggang kuda.Bukan menunggang kuda sahaja,bagi makan kuda sekali.hehehehehe...Riak wajah memang sangat teruja.hehehehe...Gembira rasanya apabila tengok anak-anak seronok walaupun masa itu penat sangat dari pagi ke sana sini.Insyallah nak juga mereka belajar menunggang kuda suatu hari nanti.Moga ada rezeki buat mereka.Amin.














amboi-amboi,Adriana senyum sampai ke telinga.hihhihihihihi...

                        





                        



kata hati : fikir yang baik-baik,doa yang baik-baik,insyallah yang akan jadi nanti semua baik-baik :)




Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

1 comments:

  1. wow menarik nyer !
    sunnah nabi ni ~ memanah & berkuda :)

    ReplyDelete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib