Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email
WELCOME TO MY BLOG
"Interest is the most important things in life
happiness is temporary,but interest is continuous"
GEORGIA O'KEFFE
L.O.V.E
"I am happy to be alive
as long as I can paint"
FRIDA KAHLO
PASSION
"I've been absolutely terrified every moment of my life
and I never let it keep me from doing single thing I wanted to do"
GEORGIA O'KEFFE
INSPIRATION
"To be an artist
you need to exist in a world of silence"
Louise Bourgeois

Sunday, 28 August 2016

Sketchbook | Figure drawing & Habit

Ummul Azkee

Sketchbook | Figure drawing



             Selamat malam.

   Rasanya sudah terlalu lama tak berkongsi apa-apa di sini. Bukan tak nak atau tak mahu tapi lately UA a bit busy with a new habit. Yup! New habit!

    Apabila terdengar perkataan habit selalu orang kaitkan dengan tabiat buruk kan? Tapi dalam dunia seni Habit itu perlu untuk memperbaiki skill melukis. Contohnya, figure drawing! To be Master in figure drawing sebenarnya memerlukan banyak latihan. Memerlukan seseorang pelukis itu lukis dan lukis lagi sehingga dia mahir dan tahu setiap bentuk tubuh, pose dan pergerakan badan manusia. Lebih elok praktis dan prakis melukis setiap hari.

   Kalau dulu waktu belajar setiap hari lecturer tetapkan 10 sketch dalam satu hari. Sekarang,kekangan masa dan tanggungjawab tak mengizinkan,satu sketch pun kena curi masa ya.


  UA sekarang mahu mulakan semula habit melukis terutamanya dalam figure drawing sebab UA memang lemah sangat-sangat dengan teknik melukis ini. Jadinya walaupun sesibuk mana dengan aktiviti harian, UA seboleh mungkin cuba untuk make time to draw/sketch atleast 1 drawing satu hari. Sebab rindukan zaman belajar pun ia. hehe..



  So, there is a little sketch to be share... Selamat menjamu mata!



Cubaan UA untuk jadikan melukis sebagai Habit!



  Mula-mula, UA starting dengan melukis gambar Adriana untuk ambil mood. Tengoklah bersepahnya dengan habuk pemadam.Banyak kali try and error sebab lama tak melukis, tangan pun jadi keras. Mata pun tak tajam untuk melihat setiap inci gambar.






  Selepas sudah layan melukis sampai tak ingat apa, UA cuba-cuba pula lukis figure tanpa melihat gambar pula. Ala-ala cuba bereksperimen gitu. Cuba cipta karakter cute lah konon. Layan jelah. Syok sendiri. hihi..






 Untuk pastikan UA bermotivasi untuk terus melukis, UA akan cari gambar dengan pose yang tak membosankan untuk dilukis. Contohnya gambar di bawah ini UA ambil dari majalah yang sedia ada di rumah.
    





    Gambar Lee Chong Wei ini pula UA ambil di page Facebook, rasa nak lukis gambar dia sebab masa itu tengah semangat membara tengok Malaysia bermain di Olimpik. Terutamanya sukan Badminton. Ya,UA suka sukan itu. huhu..






    Dan yang terbaru pose model iklan, UA ambil dari paper, baru sahaja lukis malam semalam semasa tengah layan tv. sambil-sambil itu lukis.




   Itu sahaja perkongsian kali ini. Yang pentingnya UA kena keep on drawing and drawing. never stop to improve my drawing skills.

    Jadi setelah melihat proses dari permulaan, rasa-rasa ada improvement tak? cuba komen sikit..





Saturday, 20 August 2016

Rekacipta Design & logo

Ummul Azkee


Kembali merekacipta Design Banner dan Logo


    Sejak bulan puasa yang lepas UA sebenarnya kembali design banner ringkas dan logo untuk blog sendiri dan page kraf di fecebook UA. Lama tak merekacipta di Photoshop. UA memang dulu masa belajar ambil kos Fine Arts tapi kami masih ada subjek digital arts.Tak ada lah banyak yang kami belajar seperti kos Grafik tu. tapi asas menggunakan photoshop itu ada.

  Memandangkan sudah terlalu lama tinggalkan dunia belajar UA masih mencuba- cuba lagi design menggunakan photoshop ini. Setakat design ringkas seperti banner dan logo tak jadi masalah untuk UA merekacipta. Yang penting nya idea. Idea mereka cipta secara kreatif dan lain dari lain  itulah paling penting bagi UA. Dan kebiasaan sketch ringkas boleh dilakukan untuk mengembangkan idea dalam rekacipta.

  Jadi UA adalah lampirkan design UA di entri ini buat tatapan semua. Pada yang rasa nak tukar header yang cantik ke, nak buat logo untuk blog ke,businesss ke, nak buat watermark lain dari yang lain untuk blog ke.., boleh je kalau nak UA design untuk anda semua. UA akan sedaya upaya design yang terbaik.
































   Harga? Mesti semua tertanya-tanya pasal harga kan.Untuk permulaan UA tak letakkan harga yang tinggi, memandangkan UA amatur lagi dan UA hanya design rekaan ringkas sahaja.No figure, belum master lagi.hehe. 

  Disebabkan UA rasa nak buat duit poket sikit untuk make more arts maka UA akan charge harga berpatutan untuk siapa yang membaca sekarang ini hehe.. Untuk tempahan boleh lah email UA di ummulazkee@gmail.com ya.

 Sekian,Terima kasih sudi baca.

Monday, 8 August 2016

ABS Powerbank sangat berbaloi untuk dimiliki semua !

Ummul Azkee

 Powerbank, keperluan terpenting yang wajib dimiliki

     Zaman IT sekarang, pastinya  semua orang memilik smartphone,kan?  Smartphone sudah jadi satu keperluan hidup seharian kita termasuklah UA. Dari menghubungkan mereka yang jauh sehinggalah menjadi perkara terpenting dalam dunia pekerjaan mahupun perniagaan. 

 Tapi secanggih mana pun gadjet kita, kalau kehabisan bateri tetap tak boleh digunakan, lagi pula kalau tengah dalam keadaan kecemasan, betul tak? UA selalu hadapi perkara sebegini, lebih-lebih dalam perjalanan yang jauh, terpisah dari suami dalam situasi berada di tempat ramai orang dan sesak seperti pasaraya ataupun waktu  mahu bagi info tentang barang yang dijual ketika berada di luar.
Selalu sangat jadi pada UA, bateri habis!

    Jalan penyelesaian bagi masalah kehabisan bateri ini, tak lain tak bukan adalah dengan memiliki Powerbank! Selesai masalah, tak ada lah risau sesat seorang diri ataupun tiba-tiba hilang semasa tengah berbual, bermassage ataupun dalam situasi kecemasan seperti kereta rosak di tengah jalan kan!



ABS Powerbank | Powerbank terkini dengan jaminan terbaik






   Bercakap tentang powerbank ini, waktu tengah tercari-cari powerbank untuk kegunaan sendiri UA telah diperkenalkan dengan ABS Powebank. Pertama kali tengok di page facebook ABSmalaysia , UA terus suka. Kecil dan comel sahaja bentuknya  dan rekaannya feminin, sesuai sangat dengan wanita seperti UA yang simple, tak suka bawa beg besar. Senang nak simpan sebab tak terlalu besar untuk di bawa kemana-mana. Simpan dalam poket pun boleh.

   Selain dari rekaannya, kelebihan ABS powerbank ini yang buat UA tertarik adalah warranty  bagi semua model ABS Powerbank ini adalah selama 2tahun. Panjang tempoh warranty nya kan?ABS Powerbank merupakan jenama powerbank pertama dengan tempoh warranty selama 2 tahun. Jadi kalau dalam tempoh 2 tahun dari pembelian ada masalah, pihak ABS Powerbank akan tukarkan dengan yang lain.

Pengalaman menggunakan ABS Powerbank                                                                                           


ABS POWERBANK Y304

  • Model: Y304
  • Warna : GOLD
  • Input: 5V - 2Amax
  • Output 1: 5V - 2.1AMax
  • Output 2: 5V - 2.1AMax
  • With LED Capacity Light
  • Harga: RM139
  • Berat : 228g

  Seminggu sudah UA guna ABS powebank ini. Model yang UA gunakan ini adalah Y304 dengan 12000 mAh. dengan kuasa mAh yang tinggi ini, powerbank ini boleh mengecas semua gadjet yang dimiliki dengan lebih lama dan berulangkali. Smartphone, tablet,kamera,ipad,MP3, Semua gadjet ini boleh di cas menggunakan powerbank ini.memang puas hati!


dengan 2 output jadi boleh lah UA charge dua skali gadjet dalam satu masa.



  Powerbank ini juga tahan lasak. Dua kali dah terjatuh, mula-mula seram juga tapi dia maintain sebab memang berkualiti materialnya, tebal tapi tidak terlalu berat untuk dibawa kemana-mana dan tidak terlalu ringan, jadi tidak mudah pecah apabila terjatuh.Yang paling penting bagi UA ia tak terlalu besar dan tidak terlalu berat. Just nice!  


DI MANA NAK DAPATKAN ABS POWERBANK?

  Buat pengetahuan semua C Two Gadjet merupakan pengedar tunggal bagi ABS Malaysia dan pada yang berminat dan lebih selesa untuk melihat produk ABS Powerbank secara terus dan ingin beli secara walk in boleh beli di lokasi-lokasi yang ada disenarai di link dibawah.

 https://www.facebook.com/notes/abs-malaysia/where-to-buy-abs-products-in-
malaysia/275210272855465

  Ataupun bagi yang selesa membeli melalui internet  bolehlah beli di website 11street. Dan apa yang menarik adalah 11street ada mengadakan jualan Merdeka dengan potongan harga sebanyak 20%- 30% sehingga 31 ogos 2016. klik 11street.my untuk membeli.

  Jadi tunggu apalagi.cepat lah beli, ABS powerbank memang berbaloi untuk dimiliki.













  

  





Tuesday, 2 August 2016

DIY | tukar jam dinding rosak jadi dekorasi menarik

Ummul Azkee


 DIY | jam dinding rosak menjadi frame lukisan  yang menarik dan unik


    Sejak ada kesedaran tentang masalah sampah sarap yang semakin serius dlalam masyarkat kita, UA jadi seorang yang berfikir dua kali sebelum membuang sesuatu. Semangat untuk kitar semula dan mencari  idea agar barangan terpakai boleh digunakan semula dan ubahkan ia menjadi lebih cantik dan menarik menjadikan UA pengumpul bahan terbuang seperti kotak terpakai, botok kaca, tin dan barang yang rosak.



   Antara barang yang UA pernah beli dan telah rosak adalah jam dinding. Rasanya ada dua,tiga biji\ jam dinding UA beli semuanya sekejap sahaja boleh digunakan. Selalunya waktu mahu nak buang tu punyalah rasa sayang sampaikan UA decide untuk simpan. Apabila lama belek-belek, fikir dan buat apa, cuba buka akhirnya idea tukar jam dniding pada sesuatu yang boleh digunakan timbul. Jadi UA mulakanlah projek Diy UA.

   Jam ini UA beli di IKEA. Siapa ada jam ni? Kalau ada dan rosak jangan buang, boleh cuba idea diy deko yang UA buat ni. UA dapat idea untuk jadikan jam ini frame sebab dibelakangnya ada penyangkut di dinding,

CARA-CARA TUKAR JAM DINDING YANG ROSAK JADI FRAME LUKISAN 

1. UA mulakan dengan buka bahagian belakang jam dan cuba masukkan papan kek yang telah digunakan.( UA memang simpan papan kek ini,ada banyak UA kumpul)kemudian cuba pasang balik.




2. Selepas UA cuba pasang balik dan gantung dia dalam keadaan baik, UA lukisan bulatan mengikut bentuk frame jam tersebut dan lukis objek yang UA suka di dalam bulatan tersebut.Selepas itu warnakan ia menggunakan warna akrilik. selesai warnakan pasang kembali belakang jam dan gantung sebagai hiasan.



          Selain lukisan, foto pun menarik juga untuk diletakkan sebagai dekorasi di rumah. Sekian itu sahaja perkongsian hobi UA. 

ps ; sebenarnya lukisan tu belum siap, ada beberapa warna habis pula, tapi tak sabar nak tengok hasilnya dan berkongsi di blog. hehe..



Saturday, 30 July 2016

Mencari barangan hantaran dan kraf di Kuala Lumpur?

Ummul Azkee


    " Mana nak cari barang hantaran dan kraf di KL?," Ha, itulah soalan yang bermain dibenak fikiran UA apabila nak mencari barang untuk buat hand bouquet seminggu selepas hari raya hari itu. Sebenarnya tahu satu kedai sahaja kedai menjual barang hantaran di KL iaitu BungaReben yang terletak di Jalan TAR tapi tidak menjual hand bouquet holder  dan UA memang tak tahu langsung ada kedai menjual barang hantaran lain di KL.

  Hidup tak tenteram sekejap masa itu sebab tak dapat lagi cari hand bouquet holder yang sangat di perlukan. Tpi cuba bertenang dan berfikir. Sebab sebelum ini umi yang belikan di klang. Kalau di klang UA tahu lah mana nak cari tapi dari pj nak ke klang memang jauh, memang tak boleh nak pergi sebab suami pun kerja dan anak-anak sekolah.

   Dalam tengah berfikir-fikir masa itu, tergerak hati untuk cari di google, nasib baik jumpa satu blog ni bagi info yang hand bouquet holder ini ada dijual di kedai selain kedai Bunga Reben. Rasa lega masa tu dan esoknya UA pun ke KL dan cari semua barang yang diperlukan untuk membuat Felt hand bouquet untuk tempahan perkahwinan.

  Kedai pertama UA mesti pergi kalau mahu mencari barangan hantaran atau kraf adalah kedai Bunga Reben. Biasanya untuk kain felt untuk bunga UA akan hanya beli di sini sebab jenis kain dia lain dan keras, senang untuk dibentuk. Di sini pun ada jual pelbagai jenis barang hantaran, manik,pearl,reben pelbagai saiz dan warna. juga kain net dan bekas bunga telur dan macam-macam lagi, cuma hand bouquet holder sahaja tidak dijual.

 

   Dengan selamba hari itu, UA redah ke KL dengan Adriana naik Lrt ke KL dan turun di Masjid Jamek. Berjalan lah kami satu hari itu. Menurut blog yang UA baca itu hand bouquet holder itu ada di jual di Semua House tapi di level berapa dan nama kedai pun tak diberi spesifik, Jadinya UA pun tawaf satu bangunan Semua House itu mencari. Sampai satu kedai yang agak fancy barangan hantaran nya. UA pun bertanya, rupanya ada 2 kedai menjual barang hantaran dan kraf di Semua  house yang terletak di B1, berhampiran dengan food courts dan alhmdulilah jumpa juga barang yang di cari.



  UA ada snap beberapa gambar barang untuk doorgift dan hantaran. Kebetulan adik masa itu suruh snap, alang-alang UA kongsikan juga di sini.Manalah tahu ada yang mencari idea doorgift untuk majlis perkahwinan, akikah ataupun hari lahir.

  Buat pengetahuan semua, kedai Bunga Reben ni berdekatan dengan Semua house, dari semua house, terletak di sebelah kiri. Di Semua house ini pun banyak butik perkahwinan. Kalau nak tempah baju perkahwinan sekali pun boleh. :)

   Sekian, semoga semua maklumat yang di tulis di sini berguna pada mereka yang mencari.


botol kaca!barang paling UA suka!


ini boleh buka dan diisi.vintage kan?

inipun boleh di isi dalamnya,tradisional looks

klasik!

lain dari yang lain untuk dulang hantaran, untuk hiasan rumah pun menarik ni!

simple tapi menarik.

   





Thursday, 28 July 2016

DIY 3D ALPHABET| projek seni untuk anak-anak & juga dekorasi

Ummul Azkee


        Cuti Sekolah yang lepas,sebelum bulan puasa..UA dan anak-anak ada buat projek diy. Afrina dan Adriana memang suka buat kraf dari barang terbuang, setelah terpengaruh dengan rancangan Art Atacck dan ibu dia pula memang rajin simpan macam-macam sampah di rumah.hehe.

 Kami anak beranak memang selalu tonton rancangan ini, selalu ada rancangan ini di channel Disney. Idea seni dan kraf dalam rancangan ini memang superb. Memang anak-anak kagum dan teruja tengok rancangan ini dan selalu lah dia ajak ibu dia buat kraf macam dalam rancangan itu. Disebabkan tak nak hampakan anak-anak dan mahu mereka ini berseronok, maka cuti sekolah adalah masa yang terbaik untuk jalankan projek ini.

 Ibu bagi lampu hijau saja, terus dua-dua bersorak yeah! haha..Jadi projek DIY kami masa itu adalah buat recycle art berbentuk 3D menggunakan kadbod, kotak terbuang dan surat khabar lama. Tema bagi projek ini adalah alphabet untuk dekorasi di pintu. Memandangkan anak-anak pun nama panggilan bermula dari huruf A , jadi UA pilih huruf A untuk projek ini.



DIY 3D ALPHABET

Bahan-bahan yang diperlukan

kadbod
kotak kecil seperti kotak ubat gigi/sabun
surat khabar lama ( gunting empat segi saiz sederhana)
masking tape
gam
gunting
berus lukisan
warna arcylic

 CARA-CARA DAN LANGKAH MEMBUAT 3D ALPHABET

1.Pilih satu huruuf yang kita mahukan kemudian lukis huruf  yang kita mahukan pada kadbod yang tidak digunakan lagi, seperti kotak pembungkusan yang berwarna coklat.Lukis dua huruf yang sama, dan pastikan kedua-dua huruf itu sama saiz.


2.Kemudian, gunting mengikut bentuk huruf tersebut seperti gambar di atas.

3.Setelah itu lekatkan kotak kecik diantara dua huruf yang di gunting dan lekatkan dengan masking tape. Letakkan dan lekatkan 3 kotak kecil di atas dan dibawah menggunakan masking tape dan pastikan alphabet itu boleh berdiri.



4. Selepas itu bolehlah tutup lubang pada bahagian tepi huruf dengan melekatkan suratkhabar lama menggunakan gam seperti yang Afrina dan Adriana buat di dalam gambar di bawah.





5. Setelah gam kering dan tampalan itu keras dan kukuh bolehlah warnakan dengan warna yang disukai dengan menggunakan warna akrilik.Siap! 

 Jom buat projek seni dari bahan terbuang..sambil berseronok kita boleh jimatkan duit untuk dekorasi dan selamatkan bumi dengan mengurangkan pembuangan sampah. Sampah pun berguna kalau kita kreatif!.. Selamat mencuba!! :)











Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Distributed By Blogger Templates20